Memaparkan catatan dengan label CARA MEMBUAT KETUPAT NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CARA MEMBUAT KETUPAT NASI. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Jun 2019

CARA MEMBUAT KETUPAT DAUN KELAPA

Assalamualaikum & salam Syawal ...


Bila  bercerita  pasal raya...mesti terfikir  menu-menu yang terhidang atas  meja  kan ...Kalau  kat  Johor  ni ...Menu yang mesti  ade  lontong,kuah lodeh,rendang daging,sambal goreng  Jawa, ayam  masak  merah, sambal  kacang....Sini masih lagi dikekalkan amalan 'munjung' maksudnya bertukar  juadah dengan jiran-jiran keliling rumah....jadi... Memang kena  masak  banyak untuk 5-6 buah  rumah ...walaupun penat  nak  prepare masakan tapi rasa  seronok bila  dapat bertukar-tukar juadah .. Berlainan rasa & rupa...

Ketupat selepas direbus

Dulu-dulu kalau  nak  sediakan  ketupat nasi  memang kena anyam daun  ketupat .. Isi  beras & rebus. Makan  masa  berejam  jugaklah....tapi sekarang ....semua ade yang segera.. .dalam plastik jer ...memang mudah  tapi feeling raya  tu  lain ...

Ketupat sebelum direbus

Sebab  tulah kalau  turn raya  di  Johor seboleh-bolehnya memang  nak  anyam  ketupat ....kemahiran  menganyam  ketupat ni  tak  semua  orang tahu  walaupun orang  Johor.. .Tapi  alhamdulillah....daripada  5 beradik saya  jer yang tahu  menganyam ....lagi 4 tu belajar-belajar dengan  abah  tak dapat-dapat terus give-up tak  nak  buat  dah....rugi rasanya kalau kemahiran ini  terus luput... So, saya  ambil  inisiatif untuk  buat  jugak  ketupat daun  kelapa  ni  walaupun memang prosesnya  mengambil masa... Saya  cuba  perturunkan  kemahiran menganyam ketupat ini  kepada anak  lelaki  yang sulong....moga ada  juga  pewarisnya ...


Untuk  menghasilkan  ketupat  ni .. Benda  paling penting  mesti  ada  ialah  daun  ketupat....daun ni  mesti  bahagian pucuk kelapa  yang berwarna  hijau  kekuningan...cari punya cari kat  kedai  susah  dah  orang  nak  jual .. Last2 abah  panjat  pokok  kelapa  ambik  sendiri  pucuk kelapa tu... Terima  kasih  abah  merealisasikan impian  anak  ke-2 mu  ini...setiap 2 tahun ,bila turn raya Johor, selagi  kudrat  kak  ngah  ni  masih ada  kak  ngah  nak  anyam  ketupat ea...nak bagi  fefeeling raya  lebih  sikit ...


Ketupat sate pelbagai saiz


Ketupat bawang pelbagai saiz

Ketupat jantung pelbagai saiz

Berbalik kepada anyam ketupat ni...memang 2 hari  sebelum raya....sehari memang  ambil  masa  menganyam  jer....seperti biasa  saya  & abah  jer  yang akan  menganyam ...alhamdulillah ...dapat jugak  hampir 100 biji  ketupat pelbagai  saiz ...Sebelum  menganyam  kena  pilih daun  yer kalau  pendek sangat pun tak  jadi ...



Proses membuat ketupat :
1. Pilih daun
2. Anyam
3. Isi beras
4. Rebus

Proses 1 : Pilih daun
# Pilih pucuk daun ....yang pendek jangan ambil .Buang  lidinya ....

Proses 2 : Anyam
3 jenis  ketupat yang saya  hasilkan  iaitu  ketupat  sate, bawang & jantung ...orang jawa  panggil  ketupat jantung ni  ketupat  sentok ...

Untuk hasilkan  3 jenis  ketupat yang berbeza,yang penting  basic ketupat jer...dapat buat yang basicnya.. .Pastu  pusing kepala & ekornya jadilah ketupat  yang berbeza....

Kat sini  saya  akan  lampirkan secara  bergambar step by step cara  menganyam ketiga-tiga  jenis  ketupat ni ....

Cara membuat basic ketupat:
Step 1 : Lilit daun  kelapa  pada  kedua- dua  belah  tangan .Pastikan tangan  belah  kanan  kepala(bahagian daun  yang kecil)  kat  atas manakala bahagian  ekor (bahagian daun yang besar)  di  bawah. Untuk  tangan  belah  kiri  sebaliknya  pulak...ekor atas,kepala bawah.

Step 2 : lilitan  belah  kiri  akan  jadi  tapak .Lilitan belah  kanan akan dianyam  berselang seli  pada  lilitan  daun  belah  kiri..

Step 3 : Anyaman yang terhasil... 2 line (lajur) untuk  tapak...3 baris akan  terhasil ...tengok pada  gambar  step 3...

Step 4 : Kunci  ketupat dengan  1 lagi  lajur...



Step 5 : Lipat satu  lagi  lilitan bahagian  belah  kiri & masukkan ke dalam  lilitan baris.

Step 6 : Cara menganyam ikut  lajur yang 1...dalam, atas  dalam .

Step 7 : Seterusnya...anyam bahagian  ekor  yang pertama.

Step 8 : Anyam bahagian ekor yang ke-2.

Ketupat sate yang terhasil

Adjust dan  ketat-ketatkan bahagian  kepala  dan  ekor.....Taraaa....jadilah ketupat sate ....

Untuk  menghasilkan  ketupat bawang,sila  tengok  gambar  di bawah:


Boleh tengok  gambar step by step di  atas ....adjust pergerakan kepala mesti  bertemu kepala ...ekor bertemu ekor ....

Dan hasilnya....taraaaa...
Ketupat bawang


Untuk  menghasilkan ketupat jantung  pula,boleh tengok  gambar  di  bawah ...


Sama  seperti  ketupat bawang,cuma pergerakan kepala ketupat diubah untuk menghasilkan  ketupat jantung ....kepala bertemu kepala, ekor  bertemu ekor...untuk cara  menganyam ketupat jantung, boleh lihat  gambar di atas  step by step ...

Dan hasilnya .....taraaaa....

Ketupat jantung

Anyam punya  anyam ....maka terhasillah hampir 100 biji  kelongsong ketupat....fuh!!! letih ...tapi puas hati...bangga diri sekejap sebab  tak semua  orang  boleh anyam ketupat...


Selepas ni  saya  akan  kongsikan pula cara  isi  beras  dalam  kelongsong ketupat ye ..

SELAMAT MENCUBA!!!